24 Mac, 2009

Pahlawan Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata,

"Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya,

"Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

p/s: Berpegang teguhlah pada agama Allah, agama Islam yang suci..buatlah kebaikan dan niat ikhlas hanya kerana Allah S.W.T

Ya Allah...ampunilah dosa-dosa ibu bapaku
Ampunilah dosa-dosa ku,
Ampunilah dosa-dosa ahli kelurgaku,
Ampunilah dosa-doa guru-guru ku,
Ampunilah dosa-dosa sahabat-sahabatku,
Ampunilah dosa-dosa seluruh umat Islam..
Ya Allah....terimalah taubat hambaMU ini,
Jadikan aku, hambaMU yang mengenal erti syukur atas nikmatMU yang terlalu banyak buatku..

Ya Allah...dengan kalimah syahadah..
Ya Allah..dengan kalimah syahadah..
Ya Allah..matikanlah aku dengan kemudahan yang baik...Aminn..


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
27 Rabiulawal 1430H /24 Mac 2009

10 ulasan:

MalayConfinementLady berkata...

bagus cerita nie,
mengingatkan kita supaya sentiasa berbuat sesuatu kerana Allah
dan bukan yg lainnya
thanks huda krn berkongsi...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Miim

Sama-sama...huda juga tersentuh apabila membaca kisah ini..sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini..

Sesungguhnya...segala-galanya hanya kerana Allah..

AnDeH berkata...

salam,
entry yg menarik unt d hayati pembaca d luar saner

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

AnDeH

waalaikummussalam...

insyaAllah..sama-samalah kita hayatinya..:)

semalu berkata...

salam...
entry yg sngt menarik.
thanks atas perkongsian

cikwan berkata...

salm huda, memang besar kerugian qotzman diatas tindakan dan niat dihati tu kan..sedangkan jalan terbuka luas..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

semalu

waalaikummussalam...

sama2..moga kita mendapat pengajaran drpd kisah ini..terima kasih berkunjug ke Teratak Indah..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

aisyah,cikwan,pert

waalaikummussalam kak..:)

tu la kak..peluang yang diberikan Allah terbentang luas buatnya, tapi apa kan daya dia lebih suka memilih jalan ke neraka..astaghfirullahh...

Moga2 Allah menjaga hati2 kita supaya tidak terpesong dan marilah kita sentiasa berdoa semoga hati kita sentiasa cinta dan taat kepada Allah S.W.T..segalanya hanya kerana Allah..

sakinah aziz berkata...

besarnya kerugian Qotzman...peluang ke syurga di depan mata, tapi dia memilih untuk ke neraka..
bagus kisah ni..dpt jadi peringatan utk kita semua supaya lebih sabar dan berfikir dengan lebih jauh sebelum mbuat sebarang keputusan..
kan kak? ;-)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

{ sakinah }

Betul Sakinah, penelitian dalam membuat keputusan sememangya sesuatu yang perlu...marilah kita sama2 berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua dalam mencari yang terbaik di sisi Allah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.