Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur...Ya Allah...kerana masih mampu bernafas, menghirup udara dan alhamdulillah diberikan Allah kesihatan yang sihat sehingga ke hari ini...
Coretan kali ini khusus untuk insan-insan yang disayangi...siapa???..:)
Khusus buat Bonda, Ayahanda dan Si adik..:)
Sebenarnya 16 Feb , 28 Feb dan 11 Mac yang lalu adalah hari lahir bonda, ayahanda dan si adik tercinta..:) Kerana terlalu sibuk, saya terpaksa menunda coretan ini...Maka hari ini...inilah sedikit coretan buat insan-insan yang paling sayangi..tanpa mereka..siapalah saya...
Selamat Hari Lahir buat bonda dan ayahanda...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Semoga diberikan kesihatan yang sihat..
Semoga sentiasa diberkati Allah selalu...
Semoga amal-amal solehmu akan diberkati Allah dan bersama-sama ke syurga..
Pengorbananmu begitu tinggi nilainya...
Anakmu ini berjanji akan berusaha mencari yang terbaik di dunia dan akhirat buat bekalan kita bersama...
Anakmu ini selalu berdoa agar kita sekeluarga dapat menikmati syurga firdaus hingga akhirnya...
Selamat Hari Lahir buat Si adik..:)
Semoga panjang umur dan murah rezeki..
Semoga menjadi anak yang solehah yang selalu mendoakan bonda dan ayahanda...
Semoga jadi guru yang cemerlang di dunia dan akhirat..
Semoga cintamu pada ilmu semakin mendalam..
Semoga kita sama-sama mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat...
SEMOGA KITA SEKELUARGA SENTIASA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT ALLAH S.W.T...semoga kasih dan sayang kita kekal hingga ke akhir hayat..Semoga kita saling kasih mengasihi hanya kerana Allah S.W.T..
Janji-janji Allah itu benar, sesiapa yang beramal soleh maka ganjaran syurga buatnya..Semoga syurga firdaus menanti kita sekeluarga...AMINNN.....
Ya Allah...jadikan kami mencintaiMU dengan sepenuh hati kami dengan redha kepadaMU dalam segala usaha kami..
Ya Allah...Jadikanlah cinta kami kepadaMU menguasai seluruh yang kami cintai..AMINN..
Renungan buat semua :
Wasiat Saidina Umar Al-Khatab:
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung. Timbanglah amalan kamu sebelum ianya ditimbang dan bersedialah kamu menghadapi hari perhitungan (kiamat)"
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Nurhuda_cahayapetunjuk
21 Rabiulawal 1430H /18 Mac 2009
14 ulasan:
Cikgu, syukur puan masih punya emak dan ayah untuk mencurah kasih..
Hargai mereka semasa hayat masih ada. Orang seperti saya, hanya menitipkan doa untuk kedua-duanya. Tapi satu saya masih ada ialah kenangan bersama emak dan ayah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan kesejhateraan orang tuanya.."
Moga kita saling mengingatkan..
Semoga ayah dan Ibu sentiasa dirahmati Allah dan bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat
salam buat huda ^^
wah,tarikhnya dekat2 ya...boleh sambut besar2an ^^
selamat hari lahir buat ahli keluarga huda semuanya^^
semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah...ameen ^^
Smg d panjangkan usia mereka...
Amin...
-Andeh-
Assalamualaikum..
Semoga Allah memberkati kalian sekeluarga.
Brahimnyior
Cikgu Izzuddin Ali..
Ya Allah...terima kasih buat cikgu kerana mengingatkan saya..Apabila bercakap berkaitan ibu dan bapa, hati saya pasti sayu, kerana mengenangkan pengorbanan mereka yang cukup besar buat anak2 mereka ini..tak terbalas rasanya jasa mereka...InsyaAllah saya akan sentiasa berdoa dan terus berdoa buat mereka semoga syurga menanti mereka..kasih sayang mereka cukup bernilai buat saya....
Alhamdulillah..bertuah ibu bapa cikgu Izzuddin dikurniakan anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa.. Amatlah benar..hanya doa2 anak yang soleh buat bekalan untuk mereka di sana kelak...kenangan itu indah, insyaAllah ia menjadi inspirasi buat Cikgu Izzuddin..
MOga kita diberkati Allah selalu.
Kak Tirana...
Aminn..Terima kasih atas doa itu...
Semoga Allah sentiasa memberikan saya kekuatan untuk berdoa dan terus berdoa buat mereka hingga ke akhirnya...
Terima kasih kak..semoga akak berbahagia di dunia dan akhirat..;)
Waalaikummusalam..
Dr Damai yang manis...:)
Terima kasih Damai...tarikh lahir kami memang dekat2...insyaAllah hari akhir dalam bulan April, giliran saya pula..
MOga Allah sentiasa bersama hamba-hambaNYA ini...aminn
Moga Allah merahmatimu juga, wahai Dr Damai...:)
Andeh..
Aminn...terima kasih Andeh...moga Allah memakbulkan doa kamu itu..
Semoga kamu sekeluarga jua akan sentiasa di bawah rahmat Ilahi...insyaAllah..:)
Waalaikummussalam...
Ibnurashidi
Aminn..terima kasih tidak terhingga atas doa itu..moga setiap butir kata-kata itu akan didengari oleh Allah S.W.T dan semoga Allah memakbulkannya...
Semoga akhie juga sentiasa merasai kasih sayang Allah...:)
salam...ziarah..nice blog..banyak info pengajaran yg boleh diambil...syabas..!
kalau sudi tukar link?
sirNik
waalaikummussalam..
terima kasih kerana berkunjung ke mari..insyaAllah..setiap coretan untuk diri sendiri dan mudah2han dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat di sini...
Jazakallahhu khairan kasira..
Silakan jika mahu link ke blog saya..:)
salam ukhwah...
Semoga sentiasa bahagia dan diberkati hidup di dunia mahupun di akhirat
wan wma
AMIN...Subhanaallah..Alhamdulillah...
Jazakallahhu khairan kasira..
Terima kasih atas doa saudara itu...moga2 titipan doa itu, dimakbulkan Allah Azzawajalla..
Moga saudara sekeluarga juga mendapat limpah dan rahmat daripada Allah S.W.T...amin..
Catat Ulasan