11 Februari, 2008

Jadilah Anak Soleh dan Solehah Penyejuk Hati Ibu Ayah...

Hari ini...seringkali terdengar perlakuan negatif-negatif remaja yang sangat menakutkan saya sebagai bakal seorang guru. Bukan mudah untuk membimbing dan membentuk seorang pelajar yang pelbagai latar belakang...Ia memerlukan kekuatan semangat yang kuat. Kadang kala bila saya ke pusat membeli belah, rasa sedih melihat anak-anak muda yang bercampur antara lelaki dan perempuan..di manakah hilangnya moral mereka..di manakah pegangan agama mereka.
"Sesungguhnya Allah itu cantik, Allah suka kepada kecantikan"...di manakah terletaknya kecantikan itu?..ia terletak pada pada hati yang suci dan akhlak yang mulia..itulah sebenarnya kecantikan hakiki...kebanyakan remaja hari ini, kurang menitik beratkan moral dan pegangan agama. Jangan kita persalahkan ibu dan ayah kerana sikap kita begini, salahkan diri kita sendiri yang sudah dewasa dan mempunyai akal fikiran yang cukup untuk berfikir baik dan buruk. Ibu dan ayah sudah puas membesarkan kita, tugas sebagai seorang anak adalah belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna..Seperti lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan raihan suatu ketika dulu "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"..Iman seorang ayah yang hebat tidak dapat diturunkan kepada anaknya jika anak itu sendiri tidak berusaha untuk mendapatkan iman yang sempurna.
Apa yang penting untuk membentuk benteng yang kukuh bagi mengelakkan anasir-anasir yang tidak baik, solat wajib dijaga. Solat adalah tiang agama yang dapat membentuk iman yang sempurna. "Sesunggunya solat itu mencegah diri kita dari perkara buruk dan mungkar" itulah janji Allah kepada mereka yang benar-benar mendirikan solat. Laksanakan perintah Allah dengan sepenuh hati, barulah ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jangan persiakan amanah yang dipertanggungjawabkan....Jangan musnahkan harapan dan kepercayaan ibu ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya. Dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T...Bacalah Al-Quran dan jadikannya teman sejati...
Jadilah anak yang soleh dan solehah yang hatinya suci dan bersih yang enjadi penyejuk hati ibu dan ayah......InsyaAllah...sekadar mengingat juga diri ini, insan yang lemah....
Jadikanlah kental itu IMAN,
Yang nipis itu LIDAH,
Yang tajam itu AKAL,
Yang lembut itu HATI,
Yang ringan itu SOLAT,
Yang halus itu SUARA,
Yang luas itu ILMU dan...
Yang manis itu SENYUMAN

7 ulasan:

Mohd Halim Kadri berkata...

Assalamualaikum Huda,

Alhamdulillah, akhirnya saya temui blog ini. Apa khabar?

aben berkata...

tahniah huda..
blog ni bagus r
insyaallah ade mase slalu masuk blog ni..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam..

Encik Halim..alhamdulillah saya sihat?..ingat lagi Encik dengan saya ya..lama dah saya tak dengar khabar Encik..saya di UPSI sekarang ni...insyaAllah bakal pendidik..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Tima kasih Aben..

Huda baru cuba-cuba nak menulis..insyaAllah kalau ada masa terluang berkongsi idea di sini..

Aben..
Datanglah selalu di sini..boleh kongsi sama2 apa2 pengetahuan..;)

kenanga berkata...

adik...ini akak la..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Hai Akak kenangan...

wahh..terima kasih byk2 sebab masuk blog huda ni...nanti masuklah lagi ya..boleh tukar2 idea..insyaAllah...:)

fatimah berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips anak soleh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.