30 Mei, 2010

Bercinta Dengan Allah, Hati Terasa Indah

Terasa indahnya malam ini dengan munajat kepadaMU, Ya Allah. Menyingkap tirai malam dengan berbicara denganMU, hati menjadi tenang. Ku berdoa semoga akan terus istiqamah dalam melaksanakan kebaikan. Dan semoga doa-doa yang sering dipanjatkan di keheningan malam dimakbulkan Allah Azzawajalla.

Tiada ketenangan yang dapat digambarkan kecuali dengan mencintaiMU, Ya Allah. Perkenankanlah aku bertatih dalam menggapai cintaMu, Ya Allah..dalam setiap sujudku dalam sepertiga malam tahajjudku. Bercinta denganMU, Ya Allah..hatiku terasa indah.



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, Allah S.W.T menurunkan rahmat ke langit yang pertama ketika tinggal sepertiga malam.

Maka Allah S.W.T berfirman:
"Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku perkenankan baginya. Sesiapa yang memohon sesuatu kepadaKu, maka Aku berikan dia dan sesiapa yang meminta ampun daripadaKu, maka Aku ampuni dia"

Waktu-waktu pilihan yang lain yang sesuai untuk berdoa:

"Segala pintu langit dibuka ketika barisan-barisan tentera menghadapi musuh di medan perang fi sabilillah, ketika turun hujan, ketika iqamat (berdiri) untuk sembahyang fardhu lima waktu, pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan pada bulan Ramadhan, maka capailah kemenangan doa pada ketika-ketika tersebut"

"Bahawa segala sembahyang itu dijadualkan pada saat-saat yang terlebih baik, maka lazimkanlah dengan berdoa selepas sembahyang itu"

"Keadaan hamba Allah yang paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud, maka banyakkanlah kamu berdoa ketika sujud itu" (HR Muslim daripada Abu Hurairah)

Semoga kita bersama-sama merebut yang terbaik di sisi Allah.

"Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati lagi."

(Imam Ghazali)



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
16 Jamadilaakhir 1431H /30 Mei 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tajuk lagu ni apa ya? saya da lama tercari cari lagu ni

Tanpa Nama berkata...

tajuk lagu ni apa ya? saya da lama tercari cari lagu ni

Reader's Paradise Bookstore berkata...

Bacalah Buku Bercinta Dengan Allah untuk panduan yang sangat baik untuk diri kita. InsyaAllah.

Latansa berkata...

Terima kasih kata kata indah untuk menuju kepadaNya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.