21 Zulhijjah 1431H /28 November 2010
28 November, 2010
Munajat-Rabbani
21 Zulhijjah 1431H /28 November 2010
20 November, 2010
Pagi Yang Indah..
fighudu wirwaghowaa
laka minna kullu hambin
fiima sai'wasoba
hablana min ka roshada
wahdina subulassola
inna takwAllah hinurun
watorikullil falaaa
Dengan namamu Ya Allah
Kami meminta pada waktu pagi dan petang
bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang
kurniakan kami dari sisiMu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah
cahaya dan jalan kejayaan
13 Zulhijjah 1431H /20 November 2010
19 November, 2010
Hiburan Mendidik Jiwa
Salam ukhwah buat semua. Apa khabar imanmu hari ini, duhai sahabat-sahabatku?..Mudah-mudahan iman kita berada dalam keadaan baik-baik saja, semaikan ia dengan zikrulllah, bertasbih (subhanaallah), bertahmid (alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu Akbar).
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a'laa kulli syai'in qadir.
Lamanya jari ni tidak menari-nari menulis walau sepotong ayat. Almaklum apabila tiba hujung tahun, maka cikgu-cikgi sibuk melunaskan kerja yang banyak dan perlu dihabiskan sebelum bercuti panjang. Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana perkembangan setakat ini menjadi seorang guru? Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah pelajar-pelajar saya baik-baik saja dan berdoa semoga seterusnya begitu. Tugasan? memang ada kalanya tak menang tangan dibuatnya tapi seorang guru perlu kuat dan tabah dan perlu sahut cabaran dan yang paling penting kesabaran perlu berada di tahap yang tinggi :-) . Untuk berjaya perlukan usaha...doa...dan akhir sekali tawakaltu 'alallah..
Cuti sekolah dah bermula, makanya buku-buku saya menyanyi-nyanyi merayu supaya dibaca oleh tuannnya ini hehehhe...yeayyy....aktiviti yang saya suka...(tersenyum-senyum) dan ada lagi satu aktiviti yang saya suka, mewarna, saya akan beli buku mewarna dan buat aktiviti mewarna bersama-sama adik-adik sepupu.
Hari ini saya terjumpa website ini http://www.pudgybunny.com/color.html, print saja kemudian boleh bergembira mewarna bersama adik-adik atau anak-anak :-) ...(hehehhe teruknya saya macam budak-budak kan?)..
Kalau diberi pilihan menonton televisyen dan baca buku, saya lebih suka membaca. Dah lama saya tak menonton tv. Kadang-kadang saya buka tv dalam 15 minit jer, tukar-tukar siaran, takde yang berkenan di hati dan akhirnya saya tutup..banyak sangat cerita atau rancangan yang tak membina. Adakalanya menonton kartun upin dan ipin atau spongebob lebih baik daripada menonton rancangan-rancangan lain, yang menyesakkan minda saya :
-)

Saya nantikan kehadiran stesyen televisyen yang berunsur islamik. Tidak lama lagi pada 1hb Disember 2010, rakyat Malaysia berpeluang menonton rancangan-rancangan terbaru yang bercorak Islam melalui Stesyen televisyen baru iaitu TV Al-Hirah. Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). D
an ini website klik di sini Tv Al-HijrahBerikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah
| Liputan | Saluran UHF | Frekuensi (MHz) |
| Lembah Klang | CH 55 | 743.25 |
| Terengganu | CH 41 | 631.25 |
| Johor | CH 40 | 623.25 |
| Sarawak | CH 37 | 599.25 |
| Sabah | CH 37 | 599.25 |
Saya nantikan rancangan-rancangan yang membina rohani dan mendidik jiwa, rancangan motivasi buat anak-anak muda dan rancangan yang berunsur pendidikan untuk adik-adik comel :-) Masyarakat hari ini perlu dididik dengan santapan rohani untuk tatapan mereka. Kenapa?kerana banyak sangat rancangan hiburan hari ini yang menjadi ikutan anak-anak muda bahkan si kecil juga mudah terikut-ikut dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa dan terikut-ikut dengan budaya dan trend masa kini, baik dalam percakapan mahupun cara pemakaian mereka.
Tak salah kalau mahu berhibur tetapi jangan lupa pada syariat dan ajaran agama Allah iaitu agama Islam yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
Teringat saya pada lirik nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan:
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah"
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan periharalah kami daripada seksa neraka..AMINN..
17 Oktober, 2010
Untukmu Sahabat Muslimahku..
Alhamdulillah ...Bertemu lagi...semoga sahabat-sahabat saya di Teratak Indah ini, sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah..insyaAllah...
Saya kongsikan coretan di bawah ini. Semoga kita sama-sama ingat-mengingati antara satu sama lain dan semoga kita memperolehi rahmat dan kasih sayang Allah..aminn..
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….
Coretan daripada Muslimah_nurani daripada Portal Komuniti Muslimah-Hanan.com.my
Tajuk: Buat Sahabat-sahabat Muslimahku
Karya: muslimah_nurani
Buat renungan bersama..Sahabat-sahabat yang bergelar Muslimah..
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh ukhuwwah.
Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.
Sahabatku...
Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu, semoga nur ILAHI akan membening seluruh perjalannan hidupmu.
Duhai sahabat muslimahku...
Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain.
Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu.
Sahabat muslimahku..
Ukhti yang dikasihi..
Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.
Serikandi muslimah sejati..
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.
Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T.
Insya-ALLAH..
Akhirul kalam, ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan lah-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILAHI, Insya-ALLAH..
02 Oktober, 2010
Artikel Yang Baru Dibaca: Mensyukuri Nikmat Sihat

Oleh: Ahmad Sabki Mohd Tahir
Sumber: Harian Metro di sini
SESUNGGUHNYA tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepada-Nya.
Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit. Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia makan sepuas-puasnya.
Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu.
Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya terutama solat fardu lima waktu.
Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya.
Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab,
“Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.”
Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).
Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat - maksudnya tentang nikmat - adalah dikatakan, ‘Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.
Apabila ditanya Aisyah r.a. kepada baginda kenapa melakukan perbuatan itu padahal Allah telah mengampuni dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, maka jawab baginda:
“Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Sesungguhnya tubuh yang sihat tidak memberi makna apa-apa sekiranya kita lupa kebesaran Allah dan pada waktu yang sama tidak digunakan untuk mentaati Allah dengan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya. Badan sihat jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan untuk kebaikan dan kebahagiaan di akhirat kelak, di samping dapatkan juga kebaikan dan kebahagiaan di dunia.
Amat rugi hidup seseorang Muslim kalau badannya sihat, kuat dan bertenaga dihabiskan dengan kerja maksiat dan melakukan amalan yang dilarang-Nya. Tambah malang lagi jika umur panjang tanpa amalan soleh sebagai bekalan di hari kemudian.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Sebagai khalifah Allah di dunia ini, orang yang sihat tubuh badannya juga akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan dan musibah. Semua itu untuk menguji tahap kesabaran kita sejauh mana tebalnya iman kita kepada Allah. Hanya mereka yang sabar berjaya melepasi ujian ini.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud:
“Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.’ Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah ayat 155-157).
Masa sihat adalah sebaik-baik masa memperbanyakkan amal ibadat seperti solat, puasa sunat dan jika berkemampuan di segi kewangan segeralah pergi mengerjakan umrah dan haji. Kita tidak mahu apabila sakit dan tidak berupaya untuk bergerak, saat itu baru ada kesedaran untuk membuat amal ibadat sebanyak mungkin, tetapi sudah terlewat.
Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat. Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara.
Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah peluang masa mudamu sebelum datang tuamu, peluang masa kayamu sebelum datang fakirmu, peluang masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu, peluang masa sihatmu sebelum datang sakitmu dan peluang masa hidupmu sebelum datang matimu.
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
YA ALLAH...





