12 Julai, 2010

Sesuatu Yang Pasti

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Di dunia hanya sementara. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiya': ayat 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut: ayat 57 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

Hayatilah bersama..:

Tajuk lagu: Detik Kematian
Munsyid: Inteam
Lagu & lirik: Frizdan
Sumber: http://liriknasyid.com

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?




Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
29 Rejab 1431H /12 Julai 2010

03 Julai, 2010

Semoga Berbahagia Hingga Akhir Hayat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat saya di Teratak Indah. Semoga berada di bawah kasih sayang Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah walaupun musim cuti sekolah sudah berakhir tetapi masih lagi ramai yang melangsungkan perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

Alhamdulillah..bersyukur sangat kerana semalam, saya dapat hadirkan diri ke walimah sahabat lama saya, adik junior semasa saya mengambil diploma di uitm dulu iaitu Suhaila dan pasangannya Ahmad Nadzree. Hampir 5 tahun, kami tidak bertemu. Semalam walaupun berjumpa hanya seketika, seronok rasa melihat pengantin yang sangat cantik dengan baju purple. Sempat bertanya khabar dan perkembangan diri masing-masing. Senyuman bahagia terpancar di wajahnya, seri pengantin. :)
InsyaAllah moga ukhwah kita berkekalan hingga ke akhirnya dan insyaAllah kita berjumpa lagi nanti :)

Semoga berbahagia hingga ke syurga. Semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah..:)


Barakallahu Laka Wa Baraka 'Alaika Wa Jama'a Bainakuma Fikhair..

Semoga Allah memberikan barakah kepadamu dan memberi barakah atasmu serta menyatukan kamu di dalam kebaikan..aminnn..



Doa buat pasangan pengantin:

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -


Dan ini buat pasangan pengantin:

Lagu: Baraka Allahu Lakuma
Nyanyian; Maher Zain

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say
Barakallahu lakuma wa baraka

Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

From now you'll share all your joys

Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka

Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir
Barakallah
Barakallahu lakuumwalanaa


Allah bariklawhuma

Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir





Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
20 Rejab 1431H /3 Julai 2010

01 Julai, 2010

Cinta Allah, Cinta Yang Terulung..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Cinta kepada Allah adalah cinta yang terulung. Sayangilah Allah kerada Dia yang mencurahkan nikmat-nikmatNYA kepadamu.


Tajuk Lagu: Terima Kasih Tuhan
Nyayian: Kumpulan Nasyid Mawaddah

Terima kasih wahai Tuhanku

Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu, Tuhan
Mengizinkan ku minta pada-Mu
Memuja memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang
Kalau aku derhaka dalam ketaatan
Bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal 'Aalamin
Maafkanlah aku.





Semoga yang baik itu datangnya
daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
18 Rejab 1431H /1 Julai 2010

24 Jun, 2010

Hikmah Yang Sangat Berharga

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat di Teratak Indah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Semoga kasih sayang Allah S.W.T sentiasa memayungi setiap perjalanan kehidupan seharian. Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Pemurah, hanya dengan amalan yang sedikit yang dilakukan dengan penuh rasa keikhlasan, khusyuk dan penuh rasa rendah diri kepada Allah S.W.T, Allah memberikan berbagai ganjaran untuk hambaNYA. Maka dengan itu, duhai sahabat, bersyukurlah atas nikmat Allah yang cukup bernilai. Marilah setiap saat kita mengingati Allah Azzawajalla, Pencipta seluruh alam.

Buat semua..marilah kita baca kisah ini..buat renungan kita bersama..:)

Tajuk: Hikmah Yang Sangat Berharga

Pada suatu hari, ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab :

"Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat.

Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang daripada menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Sejak daripada hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Tiada harapan selain ALLAH S.W.T,
Tiada idola selain NABI MUHAMMAD S.A.W,
Tiada kata seindah AL-QURAN,
Tiada jalan selurus SUNNAH,
Tiada perjuangan selain ISLAM
Menuju syurga firdausi yang kekal abadi

CINTA KU HANYA PADAMU, YA ALLAH...........


p/s: Gambar di ambil di sini

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
11 Rejab 1431H /24 Jun 2010

15 Jun, 2010

Keuntungan Menutup Aurat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah dah masuk bulan Rejab. Hari ini sudah pun 2 Rejab 1431H. Barangsiapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan Rejab ini dengan ikhlas, maka ia akan mendapat keredhaan yang besar daripada Allah S.W.T. InsyaAllah...

~Bulan Rejab kembali lagi. Bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Amalan terbaik di bulan Rejab ialah berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari akhirat"~


Cuti sekolah pun dah masuk minggu yang kedua. Seronok dan bahagia rasanya dapat bercuti dan duduk bersantai bersama keluarga. Saya berdoa semoga Allah mengizinkan saya merasai kebahagiaan ini hingga ke akhirnya..:)..aminn...

Dan aktiviti saya apabila cuti-cuti begini ialah membaca bahan-bahan bacaan yang ada dan duduk diam di rumah..:)

Sedikit mahu dikongsi di sini..artikel ini saya baca daripada majalah Anis : keluaran Julai 2009. Moga menjadi renungan kita bersama.

Tajuk :Keuntungan Menutup Aurat
Oleh: Roslan Kassim

Selain perintah menutup aurat, ayat 59 daripada Surah Al-Ahzab turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum. Iaitu untuk memelihara maruah wanita dan menjadi perisai menyelamatkan mereka daripada gangguan manusia. Sebabnya ialah dengan berpakaian menutup aurat yang sempurna, wanita akan memperolehi tiga keuntungan. Iaitu:-

1) Pertama, sebagai penghormatan kepada mereka kerana dikenal sebagai wanita yang mulia dan baik-baik. Justeru kerana itu, mereka tidak diganggu oleh manusia yang fasik.

2) Kedua, kecantikan dan keindahan tubuh mereka akan terlindung daripada mencetuskan keinginan jahat dalam hati orang yang berpenyakit hatinya. Ini menghindari perbuatan jahat daripada berlaku ke atas mereka.

3) Ketiga, dengan mentup tubuh mereka, wanita mendapat kekuatan dalaman untuk menahan diri sendiri daripada melakukan dosa dan maksiat.

Sumber: Majalah Anis: Julai 2009

Di bawah ini, saya sertakan klip video daripada youtube: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga (khusus buat muslimah; wanita adalah hiasan dunia dan seindah-indah wanita adalah wanita solehah)..Sama-sama kita hayati coretan daripada klip vidoe ini..:)



"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal.."

~Marilah sama-sama kita panjatkan doa ini;
"YA ALLAH..tunjukkanlah kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikut yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkanlah kami meninggalkannya"..aminn~

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
2 Rejab
1431H /15 Jun 2010

13 Jun, 2010

Air Mata Keinsafan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Marilah kita sama-sama hayati lagu ini..Saya sangat suka liriknya..

Tajuk: Air Mata Keinsafan
Nyanyian asal: The Zikr (dinyanyikan semula oleh Nazrey Johani (bekas vokalis kumpulan Raihan dan Salleh (kumpulan now see heart)

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
30 Jamadilaakhir 1431H /13 Jun 2010

30 Mei, 2010

Bercinta Dengan Allah, Hati Terasa Indah

Terasa indahnya malam ini dengan munajat kepadaMU, Ya Allah. Menyingkap tirai malam dengan berbicara denganMU, hati menjadi tenang. Ku berdoa semoga akan terus istiqamah dalam melaksanakan kebaikan. Dan semoga doa-doa yang sering dipanjatkan di keheningan malam dimakbulkan Allah Azzawajalla.

Tiada ketenangan yang dapat digambarkan kecuali dengan mencintaiMU, Ya Allah. Perkenankanlah aku bertatih dalam menggapai cintaMu, Ya Allah..dalam setiap sujudku dalam sepertiga malam tahajjudku. Bercinta denganMU, Ya Allah..hatiku terasa indah.



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, Allah S.W.T menurunkan rahmat ke langit yang pertama ketika tinggal sepertiga malam.

Maka Allah S.W.T berfirman:
"Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku perkenankan baginya. Sesiapa yang memohon sesuatu kepadaKu, maka Aku berikan dia dan sesiapa yang meminta ampun daripadaKu, maka Aku ampuni dia"

Waktu-waktu pilihan yang lain yang sesuai untuk berdoa:

"Segala pintu langit dibuka ketika barisan-barisan tentera menghadapi musuh di medan perang fi sabilillah, ketika turun hujan, ketika iqamat (berdiri) untuk sembahyang fardhu lima waktu, pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan pada bulan Ramadhan, maka capailah kemenangan doa pada ketika-ketika tersebut"

"Bahawa segala sembahyang itu dijadualkan pada saat-saat yang terlebih baik, maka lazimkanlah dengan berdoa selepas sembahyang itu"

"Keadaan hamba Allah yang paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud, maka banyakkanlah kamu berdoa ketika sujud itu" (HR Muslim daripada Abu Hurairah)

Semoga kita bersama-sama merebut yang terbaik di sisi Allah.

"Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati lagi."

(Imam Ghazali)



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
16 Jamadilaakhir 1431H /30 Mei 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.