30 April, 2008

Alhamdulillah..Selamat Hari Lahir Ke 25 Tahun..Buat Diriku...

Alhamdulillah..Hari penuh bermakna buat saya, 30 hb April 2008..bermakna pada hari ini, genaplah umur saya 25 tahun...cepatnya masa berlalu..pada 30hb April 1983 bersamaan 17 Rejab 1403 (Sabtu) saya telah dilahirkan di Hospital Daerah Pontian, Johor. Saya baru rasakan seolah-olah baru semalam saya menamatkan zaman kanak-kanak yang penuh keseronokan bersama kawan-kawan..Putaran masa yang begitu pantas sehingga tidak kita sedari cepatnya ia berlalu...

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T ..selama 25 tahun ini, saya dapat menikmati kehidupan di dunia yang penuh ranjau onak dan duri...walaupun baru mencecah 25 tahun, banyak yang saya pelajari...daripada sikap manusia, perangai manusia...menilai orang yang ikhlas dan orang yang tidak ikhlas...bermacam-macam ragam manusia telah saya pelajari...masih jauh lagi perjalanan hidup yang perlu saya tempuhi..mungkin apa yang saya lalui, boleh dijadikan panduan untuk menempuh hari yang mendatang...

Seakan-akan baru semalam saya meninggalkan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman persekolahan...semua itu begitu manis untuk diingati...

Buat ayahanda dan bonda serta keluarga..
Terima kasih kerana mengingati hari lahir saya…kalian begitu bermakna pada saya…teringat sewaktu saya kesedihan dahulu, bonda pernah berkata saya tak perlu risau kerana saya masih ada ayahnda dan bonda serta keluarga yang sayangkan saya dan selalu memberi semangat kepada saya...Kalian semua sumber kekuatan pada saya dan sumber inspirasi buat saya..terima kasih......semoga Allah memberkati kita..doakan kejayaan saya di sini...

Buat sahabat-sahabat...terima kasih kerana masih mengingati saya...terima kasih atas ucapan yang diberikan...semoga ukhwah akan terus terjalin sehingga ke akhir hayat..hanya Allah jua yang membalasnya..

Buat Kak Hasz...terima kasih atas ucapan semlm...Huda berdoa agar ikatan silaturrahim yang dibina akan berkekalan..insyaAllah...

Buat Zuha, Nadiah, Kak Ida, Badilah, Nuzul dan Noni...terima kasih banyak2 atas hadiah...terharu sangat2..kalian ingat juga huda...InsyaAllah..selagi hayat dikandung badan ukhwah akan utuh selama-lamanya..

Saya berdoa agar saya menjadi anak yang solehah yang sentiasa patuh dan berbakti pada ayahanda dan bonda..menjadi wanita yang solehah, berakhlak mulia dan menjadi hamba Allah yang sentiasa di dekat dengan-NYA....semoga saya akan berjaya dalam bidang yang saya ceburi dan berbahagia di dunia dan akhirat...semoga Allah sentiasa memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini yang penuh ranjau, onak dan duri...moga-moga saya dapat menempuhinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah,insyaAllah...AMINN......

Masa yang berlalu, seolah-olah saya tidak ingin hari ini berlalu..saya seperti merasakan tidak mahu meninggalkan hari ini...30hb April 2008 tetapi apakan daya...masa tidak menunggu kita....

24 April, 2008

Perginya Insan Berhati Mulia...

Hari ini, saya duduki kertas peperiksaan yang pertama....Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar...semoga seterusnya dipermudahkan Allah S.W.T...insyaAllah..najjah fil imtihan...

Balik dari exam pagi tadi,..saya terasa mahu merehatkan minda….terasa ingin menjenguk2 blog yang amat saya sayangi ini...
Saya meninjau2 blog2 yang lain yang selalu saya kunjungi…saya terjumpa blog pensyarah subjek undang-undang saya masa diploma, PUAN NORAINI ISMAIL..gembira rasa hati…kerana beliau jugalah…saya meminati subjek undang-undang sampai ke hari ini…saya sangat suka dengan cara beliau mengajar…membuatkan saya amat2 faham…terima kasih puan, kerana mengajar saya…

Tiba2 hati terasa ingin melawat blog pensyarah UiTM Segamat, Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob…saya membaca setiap catatannnya hinggalah ke catatan yang bertajuk “Kembalinya Puan Sharifah Mohamed”…..saya terhenti…seakan-akan pernah dengar nama itu…saya baca dan baca…benarlah…rupa-rupanya…Puan Sharifah Mohamed atau di UiTM Johor dulu, kami panggil dengan gelaran “IBU” telah kembali ke Rahmatullah kerana menghidap penyakit barah…Innalillah….mengalir air mata saya sederas…tak tertampung lagi….
Saya amat mengenali Allayarham Puan Sharifah…baru terdetik di hati saya beberapa hari terasa ingin berjumpa allahyarham kerana sudah lama benar tidak berjumpa…

Saya mengenali beliau sewaktu menjawat jawatan Yang Dipertua kolej Nilam UiTM Johor sewaktu saya diploma..saya sering berjumpa beliau berurusan kerana di kolej saya waktu itu terdapat seorang pelajar yang kerap sakit…apabila pelajar tersebut sakit, saya dan kawan2 akan mencari “IBU”…Allayarham sangat baik dan sangat lemah lembut dan seorang yang suka membantu…memang terserlah sikap keibuan…sering memberi kata-kata nasihat kepada para pelajar…Disebabkan kerap berjumpa Allayarham, maka saya mengenali dan rapat dengan Allahyarham…sejak saya sambung belajar di bumi Perak ini, saya jarang ke UiTM Segamat dan terputus hubungan…terasa sedih rasanya kehilangan Allayarham, insan yang berhati mulia…Allah lebih menyayanginya…

Apabila membaca catatan Ustaz Nawawi…begitu sedih…kembali seorang insan yang berhati mulia…segala jasa beliau, membantu saya dan kawan2, amat saya sanjung…
Selepas solat Asar, saya berdoa sambil menitiskan air mata, Semoga Allahyarham Puan Sharifah Mohamed ditempatkan bersama anbia dan syuhada..segala jasa mulia Allahyarham, hanya Allah yang membalasnya…moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya….Aminnn….
Di kejauhan hati ini, saya terasa sangat sedih kehilangan seorang insan yang saya kenali, Puan Sharifah Mohamed…Ku catatkan catatan ini dengan penuh kasih sayang dan hiba di hati…

21 April, 2008

Doakan Kejayaan ku...

Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat dan sahabiyah di sini...
Saya akan menduduki peperiksaan 24hb April- 9 Mei ini...Diharapkan sahabat-sahabat sekalian mendoakan kejayaan saya...insyaAllah...
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya selama saya menulis di blog ini, saya terkasar bahasa yang menyentuh perasaan kalian semua...

Kepada sahabat-sahabat yang juga bakal menduduki peperiksaan...saya doakan semoga kita sama2 berjaya dan diberi petunjuk dan ditenang kan hati dan dipermudahkan segalanya..insyaAllah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah...
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, diriku, ahli keluargaku,..
Ampunilah dosa guru-guruku, sahabat-sahabatku dan semua muslimin dan muslimat...

Ya Allah...
Berkatilah segala ilmu yang kupelajari...
Ya Allah..
Permudahkanlah segala urusan ku menjawab peperiksaan..
Ya Allah..
Jadikanlah dalam hatiku NUR (Kecerdikan), dan dalam pendengaranku NUR dan dalam penglihatanku NUR dan jadikan aku memiliki NUR..
Ya Allah...
Ku berdoa semoga aku dapat mengingati segala ilmu dan pelajaranku dgn baik, tenang dan dapat menjawab dengan mudah...
Ya Allah...
Berilah aku kesihatan yang sihat..tenangkanlah hatiku semasa menjawab..Sesungguhnya Ya Allah..ilmu kumiliki ini, akan ku gunakan mendidik anak bangsa supaya menjadi insan berguna insyaAllah...
Ya Allah...persiapkan aku mengenai dengan urusanku dengan petunjuk dan hidayah MU ..
Ya Allah...
Aku memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatsai musuh...

Ya Allah...
Sayangilah ibu bapaku seperti mana mereka menyayangi aku...
Lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungiku semasa kecil..
Ya Allah...
Berkatila hidupku dan keluargaku di dunia dan akhirat...
Ya Allah..
Kaulah Maha Penyayang, Pengasih dan Maha Pendengar...
Kabulkanlah doa hambaMu ini....Aminn....Ya Rabbal Alamin...

19 April, 2008

Memilih Kawan..?

Diharapkan artikel ni menjadi pedoman kepada kita untuk mencari dan menjadi teman dan sahabat sejati..insyaAllah..

Menurut Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Qamah pernah berpesan kepada anaknya 12 perkara untuk memilih kawan:

1) Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2) Jika engkau mengeratkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatanmu.
3) Jika engkau memerlukan perolongan daripadanya, dia akan
menolongmu.
4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan
menerima dengan baik.
5) Jika dia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, dia akan
menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6) Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan
menutupnya.
7) Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan
mengusahakannya.
8) Jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan
menanyakan kesusahanmu.
9) Jika sesuatu bencana menimpamu, dia akan meringankan
kesusahanmu dan berbuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan
itu.
10) Jika engkau berkata kepadanya, dia akan membenarkan kata-
katamu.
11) Jika engkau merancang sesuatu, dia akan membantumu.
12) Jika engkau berdua berselisih faham, dia lebih senang mengalah
untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Carilah sahabat sejati yang kekal selama-lamanya..insyaAllah...

16 April, 2008

Wajah Berseri Di Akhirat

Kisah ini, pernah saya baca..saya tuliskan di sini untuk renungan sahabat-sahabat sekalin...

Pada hari Kiamat kelak, ada suatu umat yang dibangkitkan dari kubur mereka dengan wajah berseri-seri. Para malaikat bertanya kepada mereka, "Apakah amalan kamu sewaktu di dunia?" Mereka menjawab, "Kalau mendengar seruan azan , kami terus bangun, bersuci dan tidak mengendahkan pekerjaan lain." Kemudian ada pula suatu umat yang dibangkitkan dengan wajah seperti bulan purnama. Apabila ditanya malaikat, mereka menjawab, "Kami selalu berwuduk sebelum tiba waktu solat." Ada pula suatu umat yang lain yang mana wajah mereka bercahaya seperti matahari. Para malaikat bertanya, lalu mereka menjawab, " Setiap kali azan dikumandangkan, kami sudah terlebih dahulu berada di dalam masjid."

15 April, 2008

Ubat Penyakit Takabbur

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan 5 cara untuk mengikis sikap takabbur dalam diri iaitu :

1) Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding kita.

2) Apabila bersua dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beramal berbanding kita.

3) Apabila bersua dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu mereka tahu tetapi kita belum mengetahuinya.

4) Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan kita berilmu.

5) Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk agama Islam. Maka semua dosa yang telah dilakukannya sebelum Islam akan diampunkan Allah S.W.T sedangkan kita yang sedia Islam sejak lahir, terus menerus melakukan dosa. Banyak mana pahala dan dosa tidak mampu kita pastikan.

Nasihat untuk diri ini....

13 April, 2008

8 Kalimah Pusaka

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: "Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah daripada pusaka Nabi sebagai pedoman hidup"..Kalimah itu ialah:

1. Apabila engkau sedang solat jagalah baik-baik fikiranmu

2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu

3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu
(perkataanmu).

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah
perangaimu.

5. Ingatlah selalu akan Allah.

6. Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapi
kematian.

7. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.

8. Lupakanlah kesalahan orang lain terhadapmu.

Renung-renung dan timbang-timbanglah...moga-moga 8 kalimah pusaka ini dapat menjadi pedoman dalam hidup kita..insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.