29 Julai, 2014

Separuh Masa Itu 2014

Senyuman indah separuh masa 2014, merenung keindahan alam ciptaan Allah ... terlalu sepi kerana terlalu leka dengan tugasan harian yang dihambat masa @_@

23 Januari, 2014

Tulisan 2014




سم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sekian lama blog ini dibiarkan kosong , nukilan saya yang terakhir dua tahun yang lalu. Kadang-kadang dihambat masa, tugasan dan sentiasa dikelilingi pelajar-pelajar membuatkan saya terlupa bahawa saya mempunyai 'Teratak Indah' ini yang telah menemukan saya dengan ramai kenalan dan memberi kepuasan dengan tulisan-tulisan yang sentiasa mengingatkan diri ini.

" Reda yang lahir daripada jiwa yang bertawakal pasti tidak pernah berhenti berusaha mencapai perkara yang terbaik dalam hidup. Hati yang sarat dengan rasa cinta kepada Allah, akan sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Jadilah muslim yang berakhlak mulia agar hati sentiasa di sisi Allah"..(^_^)

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ




Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
21 Rabiul awal 1435H / 23 Januari 2014

24 Oktober, 2011

Ukiran Hati Buatmu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Setelah sekian lama menyepi akhirnya tergerak juga jari jemari ini untuk menulis secoret dua. Kenapa menyepi? mungkin itu pertanyaan yang diajukan. Saya jawab dengan senyuman dulu :) Saya mohon maaf kerana terpaksa mendahulukan perkara-perkara penting (^_^)

Peperiksaan SPM semakin hampir. Makanya saya juga tidak senang duduk. Dalam keadaan sekarang, latih tubi yang paling penting dan kata-kata motivasi cikgu yang tak pernah putus-putus dinyanyikan sebagai halwa telinga buat anak-anak didik tercinta. Cuma kebimbangan saya memuncak kerana masih ada yang belum tersedar daripada lamunan dan masih berada di awan biru. Penat juga nak hentikan lamunan mereka ini, dan ada kala membuatkan saya hilang sabar. Ya Allah..astaghfirullah..sabar Cikgu Huda (@_@)... Saya perlu bersikap tegas dengan mereka..dan kadanga kala saya menjadi sungguh garang..hehehehehe...

Dalam mendidik, perlu tegas+penyayang+simpati+sabar+garang+doa yang tidak pernah putus untuk anak-anak didik. Kalau tidak...aduhai...Allah saja yang tahu, kesabaran sudah berada di tahap paling tinggi..(^_^)

Pernah juga airmata saya gugur depan anak-anak didik tersayang sewaktu sesi audit akademik berlangsung. Kenapa? Sebab saya sedih mengenangkan harapan mak dan ayah mereka. Mereka masih tidak membuat apa-apa perubahan dalam diri. Semasa perjumpaan bersama ibu bapa , setiap ibu bapa melahirkan risau terhadap anak-anak mereka dan ada yang hampir menitiskan airmata di depan saya kerana terlalu mengharap anak-anak mereka berjaya, apatah lagi mengenangkan masa depan yang masih panjang.

Sebelum peperiksaan PMR, saya dapat beberapa mesej di telefon bimbit daripada bekas anak-anak didik, memohon mendoakan mereka berjaya dalam peperiksaan PMR. Terbayang setiap seorang wajah mereka. InsyaAllah cikgu doakan kamu semua berjaya dengan cemerlang...(^_^)

Ok..Gambar air berbentuk hati di atas ini, saya hadiahkan untuk semua anak didik saya yang tercinta.

TERIMALAH UKIRAN HATI UNTUKMU, ANAK-ANAK DIDIK CIKGU..(^_^)

Dan saya titipkan doa di bawah ini buat anda semua. Bacalah... InsyaAllah kita akan merasai ketenangan, dengan izin Allah..(@_@)



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
26 Zulkaedah 1432H / 24 Oktober 2011

12 Ogos, 2011

Teka-teki Imam Ghazali


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah hari ini, dah hampir ke fasa kedua dalam bulan Ramadhan. Rebut peluang terbaik untuk mendapat yag terbaik. InsyaAllah..
Kita kembali muhasabah diri, sejauh mana tingkat iman dan amalan kita. InsyaAllah Allah memudahkan setiap ibadah yang kita lakukan.

Untuk kali ini, saya tinggalkan cerita Imam Ghazali ini khas buat pembaca Teratak Indah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki) untuk mengajari murid-muridnya:

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah *MATI*. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah *MASA LALU*. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah *HAWA NAFSU* (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali =" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah *MEMEGANG AMANAH* (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah *MENINGGALKAN SOLAT*. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah *LIDAH MANUSIA*. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.

Sumber: http://dearhanan.multiply.com

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
12 Ramadhan 1432H / 12 Ogos 2011

28 Mei, 2011

Tulisan Pertama 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Lamanya saya menyepi, menyepi tanpa sebarang berita hampir setengah tahun dan ini merupakan tulisan pertama saya untuk tahun 2011, maafkan saya:)...Terlalu sibuk dengan tugasan dan anak-anak didik sehingga Teratak Indah ini dibiarkan berhabuk dan bersawang. Tapi sebenarnya walaupun tiada khabar berita tapi saya masih mengikuti perkembangan sahabat-sahabat di blog masing-masing.

Sepanjang setengah tahun menyepi, banyak yang saya pelajari, daripada tugasan mendidik dan alam pekerjaan. Barulah saya tahu, bahawa menjadi pendidik, bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan pengorbanan untuk melihat kejayaan anak-anak bangsa dan saya bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang guru.

Setiap hari ada saja perkara baru yang saya pelajari terutama berhadapan dengan remaja-remaja sekarang yang hebat-hebat belaka. Saya perlu berhadapan dengan berbagai-bagai situasi terutama dalam hal pelajaran dan cuba mengubah sikap mereka supaya terus bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Ada di kalangan mereka yang masih kurang sedar betapa pentingnya pelajaran. Lebih-lebih lagi, pelajar yang menetap di asrama, maka gurulah pengganti bonda dan ayahanda. Gurulah yang memantau setiap gerak geri mereka dan memastikan kejayaan mereka. Dan pelajar yang cemerlang hendaklah seiring dengan akhlaq yang hebat.

Kadang-kadang saya juga buntu dengan sikap anak-anak remaja ini, tapi semakin banyak cabaran, semakin saya bersemangat untuk mengubah mereka dan bersemangat untuk melihat kejayaan mereka. Saya cuba yang termampu...berusaha+berdoa+ bertawakal kepada Allah, moga setiap usaha ini diberkati Allah untuk melihat anak-anak didik berjaya dengan cemerlang..

"Berusahalah.....berdoalah kepada Allah....dan bertawakal lah kepada Allah...insyaAllah kejayaan menanti anda"

Semoga mereka menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat, Aminnn (^_*)

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
24 Jamadilakhir 1432H / 28 Mei 2011

22 Disember, 2010

Perjalanan Tahun Baru...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah sudah mengijnjak ke tahun baru 1432H..dan beberapa hari lagi akan menjelma tahun baru masihi 2011...sekejap masa berlalu..siang malam silih berganti tanpa kita sedari dan Allah memberi peluang kepada hambaNYA untuk terus merasai nikmat yang cukup bernilai.."Bersyukur"..inilah perkataan yang perlu diucapkan dan diluahkan dalam setiap anugerah yang diberikan..(^_*)

Perjalanan sepanjang 1431H / 2010....

Tahun 1431H/ 2010 adalah tahun saya membina kerjaya..tahun bermulanya saya mengatur langkah untuk terus ke hadapan dan tahun saya bertatih mengenal erti kehidupan..Setelah 4 tahun berlumba-lumba mengutip ilmu, berebut-rebut ke bilik kuliah, meredah perjalanan dari selatan ke utara....dan akhirnya saya bersama sahabat-sahabat perjuangan berjaya mendaki dan sampai ke puncak kejayaan..Alhamdulillah...(^_^) ....tahun 1432H / 2010 memberi seribu kenangan yang perlu disimpan rapi..Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama-sama saya sekeluarga, anda dan seluruh umat Islam...

Impian dan cita-cita 1432H / 2011...

Tahun baru yang bakal menjelma...pasti ada yang bertanya apa impian untuk tahun baru ini? Biarlah ia tersimpan rapi dalam qalbu (hati), yang pasti, setiap hambaNYA mahukan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama, dan seluruh umat Islam...menyusuri setahun yang akan datang dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan Allah..maka tautan hati ini, biarlah menyintai Allah sepenuh jiwa moga ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki dalam melusuri benteng-benteng kehidupan..

'Ish 'Azizan Au Mut Syahidan - "Hidup Mulia atau Mati Syahid"..insyaAllah...moga saya dapat terus berbakti dalam setiap penulisan yang diukirkan...moga ada yang terbaik untuk diri, keluarga, agama, dan seluruh umat Islam...moga ukhwah ini bertaut hanya kerana Allah..

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
16 Muharram 1432H / 22 Disember 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.