28 November, 2010

Munajat-Rabbani

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hayati lirik nasyid ini..penuh makna yang tersirat, semoga Allah sentiasa bersama-sama saya, anda dan kita semua..insyaAllah..(^_^)

Lagu: Munajat
Munsyid: Kumpulan Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


video

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
21 Zulhijjah
1431H /28 November 2010

20 November, 2010

Pagi Yang Indah..

video

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..melihat pagi yang indah ciptaan Allah...bersyukur atas nikmatMu, Ya Allah..

Bismiqallah hummanadau
fighudu wirwaghowaa
laka minna kullu hambin
fiima sai'wasoba

hablana min ka roshada
wahdina subulassola
inna takwAllah hinurun
watorikullil falaaa

Dengan namamu Ya Allah
Kami meminta pada waktu pagi dan petang
bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang
kurniakan kami dari sisiMu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah
cahaya dan jalan kejayaan

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Pagi Yang Indah~
~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
13 Zulhijjah
1431H /20 November 2010

19 November, 2010

Hiburan Mendidik Jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam ukhwah buat semua. Apa khabar imanmu hari ini, duhai sahabat-sahabatku?..Mudah-mudahan iman kita berada dalam keadaan baik-baik saja, semaikan ia dengan zikrulllah, bertasbih (subhanaallah), bertahmid (alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu Akbar).

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:


"Barangsiapa bertasbih/ mensucikan Allah (Subhanaallah) di belakang solat (fardu) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertahmid/memuji Allah (Alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir/membesarkan Allah (Allahu Akbar) tiga puluh tiga (33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan (99) kali. Kemudian mengucapkan (sekali) :

Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a'laa kulli syai'in qadir.
Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan" [H.R Muslim dan lain-lain]

Lamanya jari ni tidak menari-nari menulis walau sepotong ayat. Almaklum apabila tiba hujung tahun, maka cikgu-cikgi sibuk melunaskan kerja yang banyak dan perlu dihabiskan sebelum bercuti panjang. Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana perkembangan setakat ini menjadi seorang guru? Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah pelajar-pelajar saya baik-baik saja dan berdoa semoga seterusnya begitu. Tugasan? memang ada kalanya tak menang tangan dibuatnya tapi seorang guru perlu kuat dan tabah dan perlu sahut cabaran dan yang paling penting kesabaran perlu berada di tahap yang tinggi :-) . Untuk berjaya perlukan usaha...doa...dan akhir sekali tawakaltu 'alallah..

Cuti sekolah dah bermula, makanya buku-buku saya menyanyi-nyanyi merayu supaya dibaca oleh tuannnya ini hehehhe...yeayyy....aktiviti yang saya suka...(tersenyum-senyum) dan ada lagi satu aktiviti yang saya suka, mewarna, saya akan beli buku mewarna dan buat aktiviti mewarna bersama-sama adik-adik sepupu.

Hari ini saya terjumpa website ini
http://www.pudgybunny.com/color.html, print saja kemudian boleh bergembira mewarna bersama adik-adik atau anak-anak :-) ...(hehehhe teruknya saya macam budak-budak kan?)..

Kalau diberi pilihan menonton televisyen dan baca buku, saya lebih suka membaca. Dah lama saya tak menonton tv. Kadang-kadang saya buka tv dalam 15 minit jer, tukar-tukar siaran, takde yang berkenan di hati dan akhirnya saya tutup..banyak sangat cerita atau rancangan yang tak membina. Adakalanya menonton kartun upin dan ipin atau spongebob lebih baik daripada menonton rancangan-rancangan lain, yang menyesakkan minda saya :
-)

Saya nantikan kehadiran stesyen televisyen yang berunsur islamik. Tidak lama lagi pada 1hb Disember 2010, rakyat Malaysia berpeluang menonton rancangan-rancangan terbaru yang bercorak Islam melalui Stesyen televisyen baru iaitu TV Al-Hirah. Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dan ini website klik di sini Tv Al-Hijrah

Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah
Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25


Saya nantikan rancangan-rancangan yang membina rohani dan mendidik jiwa, rancangan motivasi buat anak-anak muda dan rancangan yang berunsur pendidikan untuk adik-adik comel :-) Masyarakat hari ini perlu dididik dengan santapan rohani untuk tatapan mereka. Kenapa?kerana banyak sangat rancangan hiburan hari ini yang menjadi ikutan anak-anak muda bahkan si kecil juga mudah terikut-ikut dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa dan terikut-ikut dengan budaya dan trend masa kini, baik dalam percakapan mahupun cara pemakaian mereka.


Tak salah kalau mahu berhibur tetapi jangan lupa pada syariat dan ajaran agama Allah iaitu agama Islam yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Teringat saya pada lirik nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan:

"Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah

Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah"


Makanya pilihlah hiburan yang baik-baik saja yang membawa ke arah kebaikan dan yang membawa kita mengingati Allah S.W.T. sentiasa..:-) Didiklah anak-anak kita ke arah kebaikan, mudah-mudahan akan lahir anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ibu dan ayah..insyaAllah..(^_^)

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan periharalah kami daripada seksa neraka..AMINN..


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
12 Zulhijjah 1431H /19 November 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.