30 Mei, 2010

Bercinta Dengan Allah, Hati Terasa Indah

Terasa indahnya malam ini dengan munajat kepadaMU, Ya Allah. Menyingkap tirai malam dengan berbicara denganMU, hati menjadi tenang. Ku berdoa semoga akan terus istiqamah dalam melaksanakan kebaikan. Dan semoga doa-doa yang sering dipanjatkan di keheningan malam dimakbulkan Allah Azzawajalla.

Tiada ketenangan yang dapat digambarkan kecuali dengan mencintaiMU, Ya Allah. Perkenankanlah aku bertatih dalam menggapai cintaMu, Ya Allah..dalam setiap sujudku dalam sepertiga malam tahajjudku. Bercinta denganMU, Ya Allah..hatiku terasa indah.



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, Allah S.W.T menurunkan rahmat ke langit yang pertama ketika tinggal sepertiga malam.

Maka Allah S.W.T berfirman:
"Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku perkenankan baginya. Sesiapa yang memohon sesuatu kepadaKu, maka Aku berikan dia dan sesiapa yang meminta ampun daripadaKu, maka Aku ampuni dia"

Waktu-waktu pilihan yang lain yang sesuai untuk berdoa:

"Segala pintu langit dibuka ketika barisan-barisan tentera menghadapi musuh di medan perang fi sabilillah, ketika turun hujan, ketika iqamat (berdiri) untuk sembahyang fardhu lima waktu, pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan pada bulan Ramadhan, maka capailah kemenangan doa pada ketika-ketika tersebut"

"Bahawa segala sembahyang itu dijadualkan pada saat-saat yang terlebih baik, maka lazimkanlah dengan berdoa selepas sembahyang itu"

"Keadaan hamba Allah yang paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud, maka banyakkanlah kamu berdoa ketika sujud itu" (HR Muslim daripada Abu Hurairah)

Semoga kita bersama-sama merebut yang terbaik di sisi Allah.

"Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati lagi."

(Imam Ghazali)



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
16 Jamadilaakhir 1431H /30 Mei 2010

19 Mei, 2010

Buat Renungan: Warkah Dari Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dah lama saya jumpa video ini di Youtube. Video yang bagus untuk dikongsi bersama. Terima kasih yang mencipta video itu, dan saya coretkan pengisiannya di sini untuk tatapan bersama. Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan video Warkah Daripada Syurga..semoga kita dapat manfaatnya bersama..Bersama-samalah kita merebut yang terbaik di sisi Allah..tetapkan hati kita pada ALLAH YANG SATU :)

WARKAH DARIPADA SYURGA

Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di payungan rahmat dan hidayahNYA Yang Maha Esa.

Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannnya, dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil


Dan dalam manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa…


Moga-moga doa yang selalui kita pohon dimakbulkan olehNYA


Walau dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNYA


Dan kadang kala kita ingat kepadaNYA


Dan yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNYA


Buat permata Islam..


Yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..


Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama, tetapi ia adalah cara hidup kita…


Sama ada cara kita berpakaian…bertutur…belajar…bekerja..atau dengan perkataan yang lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali..


Semuanya Allah telah gariskan untuk kita..Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad..Islam juga telah mengajar caranya..


Sering kali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Islam itu tinggi, tiada yang tinggi selainnya”


Tetapi sayang sama sekali..kita yang merendah-rendahkannya..kita menjauhkan diri daripadanya..bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita..


Kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..sehingga kita lupa Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhatikan kita


Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNYA..sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNYA..


Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya..


Kita juga tahu adanya dosa dan pahala…bahkan kita juga tahu adanya Syurga dan Neraka..


..tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T Yang Maha Kuasa..


Buat Mutiara Islam..yang insyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah..


Prof Dr. Hamka pernah berkata..


”Kita boleh menghitung usia yang telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”

Persoalannya…bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam kasad kita sudah habis digunakan..


Masihkah dikau ingat akan firman Allah S.W.T dalam Hadith QudsiNYA yang bermaksud..

Daripada Abu Hurairah r.a..

“Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku..Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu,.Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya.,Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai..nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik. Dan jika dia mendekatiKu sejengkal..Aku pun akan mendekatinya sehasta..Dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa..Dan jika dia datang kepadaKu berjalan..maka Aku mendatanginya dengan berlari.."


Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan..sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita.


Oleh itu, kembalilah kepadaNYA..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNYA.


Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNYA.


Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu.


Ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu. Tetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu..Semoga dirahmati Allah selalu..


Bertemu lagi..kalau tidak di dunia..insyaAllah di taman Syurga nanti..

video

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
5 Jamadilaakhir 1431H /19 Mei 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.