29 Oktober, 2008

Imtihan...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Cepat benar masa berlalu..jika dihitung, hanya beberapa hari saja lagi saya dan sahabat-sahabat akan menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini..dalam keadaan begini berbagai-bagai perasaan menyelubungi diri..hanya usaha, usaha, usaha, doa, doa dan doa dan tawakkal yang sentiasa dilakukan agar diri ini terus mendapat keyakinan dan petunjuk daripada Allah Azzawajalla...Semoga kalimah-kalimah Allah dan zikrullah menjadi peneman dan penenang kekalutan hati di kala ini..Moga ada ruang untuk saya terus merasai kasih sayang Allah S.W.T...

Bermula 3hb November ini hingga 20hb Novermber, perang peperiksaan bermula...Selama waktu ini, saya akan jarang menjenguk ke 'Teratak Indah'.

Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung di sini..doakan saya, moga dipermudahkan segalanya oleh Allah S.W.T dalam menghadapi peperangan minda ini...insyaAllah saya akan cuba sedaya yang termampu, moga ada jalan dan petunjuk oleh Allah S.W.T dalam memberi yang terbaik...insyaAllah..


KU BERDOA....

Ya Allah..
Berkatilah ilmu yang ku pelajari..

Permudahkan segalanya untukku dalam menghadapi peperiksaan ini..

Terangkan hatiku dalam meneruskan perjuangan dalam peperiksaan ini..

Mudah-mudahan ilmu ini, dapat aku digunakan untuk mendidik anak-anak bangsa..

Ya Allah..
Berilah aku kekuatan...berilah aku petunjuk dan hidayah MU...


Ya Allah...
Tambahkan kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik..

Ya Allah..
Tetapkanlah aku dalam agamaMU, yang suci dan bersih, Agama Islam..


Ya Allah..
HambaMU ini, benar-benar beriman kepadaMU, maka ampunilah dosa-dosaku
dan lindungi aku daripada azab api neraka..

Ya Allah..
Dengan kalimah syahadah, dengan kalimah syahadah...Ya Allah matikanlah aku dengan kemudahan yang baik...

Ya Allah..
Sesungguhnya kepadaMU saja hambaMU ini memohon pertolongan..
Dengarlah rintihan hambaMU ini..

Berilah hambaMU ini, kejayaan di dunia dan akhirat..

AMINN AMINN YA RABBAL A'LAMIN..

Kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan semoga berjaya.. "Ma'a Taufik Wanajjah Fil Imtihan"

23 Oktober, 2008

Kelebihan Solat Tahajjud

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Syukur Ya Allah..dalam meninjau-ninjau artikel di akhbar Harian Metro, saya terjumpa satu artikel berkaitan kelebihan solat tahajjud. Betapa besarnya ganjaran yang diberikan Allah S.W.T apabila kita mengerjakan solat malam..Ingin sekali saya berkongsi artikel ini bersama-sama sahabat-sahabat di sini..

Mudah-mudahan dengan bahan bacaan ini, kita dapat berkongsi ilmu bersama-sama...saya sebagai insan yang lemah, hamba Allah yang serba kekurangan berdoa moga-moga kita dapat manaatnya. insyaAllah...


Kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan, marilah sama-sama kita melakukan solat malam, moga kita diberikan kekuatan dalam mengejar ilmu di dunia dan di akhirat, moga kita mendapat keberkatan dalam setiap ilmu yang diperolehi..insyaAllah, Aminn...
Peringatan kepada saya jua, hamba Allah yang selalu alpa...


Marilah sama-sama kita berdoa..

Ya Allah..
Engkau Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Dengarlah rintihan hamba-hambaMU ini..


Ya Allah..
Moga kami diberikan kesempatan untuk sentiasa meningkatkan keimanan kepada MU, Ya Allah..

Moga ada ruang buat kami untuk sentiasa mendampingi MU..Ya Allah..

Ya Allah..
Jadikanlah kami..hamba-hamba MU yang sentiasa beramal soleh..

Berilah kami kejayaan di dunia dan akhirat..

AMINN...



KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Susunan Oleh : Hashim Ahmad
Harian Metro : 10 Oktiber 2008



SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)



Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.


KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

p/s Untuk peringatan kepada saya jua..

21 Oktober, 2008

Resah di Hati...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sukarnya hendak diungkapkan perasaan resah di hati..resah di hati hanya Allah sahaja yang tahu... Resah memikirkan hari esok dalam mengejar ilmu....dalam mencari yang terbaik..Permudahkan segalanya untukku , YA ALLAH....

"Sesiapa yang melalui suatu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan kepadanya jalan ke syurga"
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

Ya Allah..

Permudahkan segalanya untukku..

Permudahkan aku mencari ilmu pengetahuan..

Ya Allah..
Berilah aku petunjuk dan hidayah-MU..

Tetapkanlah hatiku di atas agama-MU,Agama Islam yang benar...

Ya Allah..
Berkatilah ilmu yang ku pelajari...

Berkatilah segala usahaku dalam mencari dan mengejar ilmu...

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang lemah, yang penuh dengan dosa..

Ya Allah..
Berilah aku kekuatan dalam usaha mencari cita-citaku....

Berilah aku peluang menjadi hamba-MU yang sentiasa mendampingi-MU..

Moga aku dapat merasai kasih sayang-MU Ya Allah...

Ya Allah...
Bukalah pintu untuk mentaati-MU..

dan tutup hari ini dengan ampunan dan keredhaan-MU...

Ya Allah..
Hilangkanlah resah di hati...

Berilah aku kedamaian dalam mengejar ilmu...

Berilah aku keyakinan dalam mendidik diri ini menjadi insan yang berilmu, husnul huluq
dan insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat-MU..

Ya Allah..
Aku sentiasa berdoa kepada-MU, semoga aku berjaya di dunia dan akhirat..
Semoga aku berjaya mengejar impian dalam mencari yang terbaik...

Ya Allah..
Perkenankanlah doa hamba-MU ini...

Engkau saja Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
AMINN..

"Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan pondasi Baitullah bersama Ismail, seraya berdoa "Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui" "
( Surah Al-Baqarah : Ayat 127)

20 Oktober, 2008

Alhamdulillah..Kenduri kendara Yang Meriah..:)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Keluarga Bahagia- Mak Noi Sekeluarga..:)

Saya bersama-sama adik-adik comel..hehhe..
Gambar di atas- Bersama Keluarga Tercinta


video
Gambar sekitar majlis...:)

Alhamdulillah..bersyukur akhirnya dapat juga saya mencoretkan sedikit di sini...bersyukur Ya Allah akhirnya pada 18 Oktober, sabtu yang lalu, Majlis kesyukuran Mak Noi-adik bonda saya, berpindah ke rumah baru, dapat dilaksanakan dengan sempurna..seronok sangat2 dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain ditambah pula majlis dibuat dalam bulan syawal berserta dengan sambutan hari raya..:)

Sebahagian keluarga sebelah Pak Sam- suami Mak Noi..

Seronok apabila melihat kegembiraan terpancar pada wajah insan-insan yang saya sayangi khususnya mak noi dan keluarga, nenek, atok, bonda, ayahanda, maksu, dan adik2 saya yang comel..:) walau pun sedih juga, kami tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama dengan ahli kelurga yang tidak dapat hadir, mungkin ada hikmah di sebaliknya..:(
Antara hidangannya- nasi beriyani, ayam masak merah, daging masak kurma, pajeri nanas, aca, lepat loeh, nasi impit, kuih muih dan pencuci mulut..:)

Meriahnya adik-adik yang comel- sayangnya... :)

Tugas saya selaku penyambut tetamu- antara orang yang duduk di barisan hadapan menyambut hadirin yang hadir hehehehe...Majlis dimulakan dengan Marhaban oleh kaum bapa jam 10 pagi, kemudian jemputan hadir jam 11 hingga 4 petang, bacaan yasin oleh kaum ibu pada jam 2.30 petang..Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab hampir kesemua jemputan hadir ke majlis tersebut...

Doa saya kepada Mak Noi sekeluarga, semoga Mak Noi sekeluarga berbahagia ke akhir hayat dalam melayari alam rumahtangga di dalam bahtera' RUMAHKU SYURGAKU' AMINN...

TAHNIAH DARIPADA SAYA SEKELUARGA..:)

15 Oktober, 2008

Menggapai Impian..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Bersyukur Ya Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menggerakkan jari jemari di papan kekunci di laptop ini untuk melakar coretan di sini. Dalam setiap waktu nafas kita dihembuskan, perkataan syukur harus sentiasa diucapkan, syukur atas nikmatNYA, nikmat yang cukup luas diberikan Allah Azzawajjalla.

Hati tergerak untuk menabur idea di sini apabila membaca atikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal berkaitan dengan Sang Murabbi. Banyak yang dipelajari melalui artikel ini.

Teringat saya tatkala guru sewaktu saya darjah 3 bertanya apakah cita-cita saya. Saya dengan pantasnya menjawab:

"Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Menteri Perdagangan".

Entah kenapa waktu itu, saya sungguh teruja untuk menjadi Menteri Perdagangan, dan alasannya saya ingin menjadi seperti Tan Sri Rafidah Aziz-seorang wanita dapat menjadi menteri..he he he..Apabila sekolah menengah, saya mengambil aliran perakaunan dan menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang akauntan...:) Cita-cita saya bertukar-tukar hehe...

Tetapi sebenarnya bonda dan ayahanda saya inginkan anak sulungnya ini menjadi seorang guru tapi masa itu saya tak mahu sebab saya inginkan sesuatu yang lain, tak semestinya perempuan kena jadi cikgu :)..selepas SPM, alhamdulillah diberikan Allah rezeki dan saya memperolehi keputusan cemerlang..seperti biasa impian saya ingin menjejakkan kaki ke universiti..Bonda menyuarakan pandangan :
"Yuyu, masuk maktab perguruan jer la". (Yuyu- gelaran saya di rumah hehe )


Saya tak nak kerana cita-cita saya nak jadi akauntan..aduhai..masa tu, berbelah bagi hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu dan akhirnya saya berjanji dengan bonda, saya masuk universiti dalam diploma perakaunan dan selepas diploma, saya akan pilih ke profesion perguruan untuk ijazah..janji saya pada bonda dan ayahanda..

Selepas diploma, saya tunaikan janji saya, walaupun di hati ingin meneruskan ijazah dalam perakaunan..berat sungguh hati..tapi janji kena tunaikan..kerana saya yakin dalam setiap perkara yang direstui ayahanda dan bonda, ada hikmah yang tersurat yang kita sendiri tidak tahu, dalam setiap apa yang diingini oleh ibu bapa untuk anak-anaknya, adalah yang terbaik untuk anak-anak..

Bidang ini sudah sebati dalam diri saya warisan daripada ayahanda tapi saya ingin mencuba bidang yang lain, inilah yang saya fikirkan dahulu..

Tapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah menggerakkan hati ini..hari ini, saya rasakan inilah cita-cita untuk saya..seorang guru dan pendidik anak bangsa..

Dulu sewaktu saya sekolah menengah, apabila saya pergi ke kedai, selalu disapa oleh orang kedai "Cikgu, beli barang?" saya hanya tersenyum. Bonda kata, "Apa yang dikatakan tu doa, jadi cakaplah aminn"..Betul, ia sesuatu doa..dan akhirnya doa itu dimakbulkan..:)..

InsyaAllah..cita-cita saya hampir pasti..hanya beberapa langkah harus saya habiskan dalam menggapai impian..impian saya, impian ayahanda dan bonda, impian agama, bangsa dan negara...cuma sedikit kekuatan yang perlu dikumpulkan dalam diri, untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu untuk mendidik anak watan..

Cita-cita yang mulia..:) Buat semua guru-guru saya, terima kasih kerana mengajar saya..kalian amat bermakna dan contoh yang terbaik buat saya..;)

Buat ayahanda dan bonda..insyaAllah...saya berjanji akan buat yang terbaik dalam mengejar impian dan cita-cita dalam mendidik anak-anak bangsa..:)
Ya Allah...aku bersyukur atas nikmatMU..Ya Allah...

Novel:Memoir Seorang Guru
Karya: Azizi Abdullah

13 Oktober, 2008

Kad Raya Daripada Kak Zanie Dan Ibnu Rashidi

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Maaf pada kedua-dua sahabat dan sahabiyah saya ini iaitu Kak Zanie -org sedaerah saya-Pontian :) dan Ibnu Rashidi sebab baru sekarang letak kad raya pemberian keduanya..takpelah kan, kita masih dalam bulan syawal lagi..walau apapun terima kash tak terhingga kepada kedua-duanya...saya sangat menghargainya..tahun depan boleh dapat lagi kan he he he...insyaAllah..

12 Oktober, 2008

Ganjaran Puasa Enam

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Alhamdulillah..hari ini dapatlah saya menghabiskan puasa enam..:) syukur Ya Allah kerana masih dapat merasai nikmat berpuasa enam di bulan Syawal..
Mudah-mudahan Allah memberi kesempatan di panjang umur untuk tahun hadapan..insyaAllah..
Ingin sekali saya berkongsi artikel yang saya baca di Harian Metro- 10 Oktober 2008 yang lalu tentang ganjaran pausa enam..selamat membaca..; (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20081010114251/Article/indexv_html)

Ganjaran Puasa Enam
Susunan oleh : Idris Musa
idris@hmetro.com.my

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar. Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat. Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasaqada. Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapatsebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

P/S : Semoga kita memperolehi manfaat daripada artikel ini..

11 Oktober, 2008

Kek Coklat Kukus Teratak Indah.:)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Hari ini, saya nak berkongsi resepi kek coklat kukus ni...gambar di bawah tu, kek saya buatkan untuk maksu masa hari lahirnya pada bulan Mei yang lepas, emm saya tak pandai hias kek.:(....dah lama tak kongsi resepi di sini..sudi-sudikanlah mencubanya. Senang dan sedap..insyaAllah..


KEK COKLAT KUKUS TERATAK INDAH

BAHAN-BAHAN :-
3 cawan tepung
3 1/4 gula kasar

8 biji telur

1 1/2 cawan koko

1 1/2 cawan minyak
1 cawan air suam
2 sudu kecil soda+ baking powder

Esen vanila

Sedikit garam

1 tin susu cair

CARA-CARA :-
Bahan A
-Gula dan telur pukul sampai sebati
-Masukkan Esen vanila
-Masukkan susu cair satu tin

-Masukkan garam

Bahan B
-Tepung diayak
-Coco diayak

-Campurkan tepung,coco,soda dan baking powder

Topping:
-Coklat masak
-Whipping Cream
(*Masak secara double boiler hingga berkilat dan sebati)

*Kemudian masukkan bahan B dalam bahan A diselang-seli dgn air suam.
*Kemudian masukkan minyak..

*Akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan dikukus....
* Untuk topping, coklat yang dimasak secara double boiling tadi disapukan di atas kek.
* Dan...Kek siap untuk dimakan..;) ;)

* Bahan-bahan ini untuk 2 adunan sekali..dapat buat dalam 2 loyang..:)

Selamat mencuba...sedap kek ni..insyaAllah...

10 Oktober, 2008

Mencintai-MU...Ya Allah...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s,

"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,

"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,

"Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2.
Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan
dari manusia.

3.
Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1.
Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2.
Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3.
Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4.
Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.
Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Peringatan untuk saya jua, insan yang lemah...

09 Oktober, 2008

Lebaran Yang Bermakna...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Maaf kepada sahabat dan sahabiyah di sini..hari ini baru saya berkesempatan mengemaskini blog ni. Menyiapkan tugasan yang perlu di utamakan.:)

Alhamdulillah..hari ni dah 9 hari kita meraikan syawal, rasa macam baru semalam saja kita meraikan 1 syawal cepatnya masa berlalu. Sekarang ramai yang dah mula berpuasa enam. Setahun sekali, marilah kita merebut peluang ini untuk berpuasa sunat enam hari di bulan syawal..:) Walau apa pun bagi saya setiap syawal yang berlalu amat bermakna. Dapat berjumpa sahabat-sahabat yang dah lama tak berjumpa. Seronok sangat dan dapat berjumpa sanak-saudara yang jauh di mata tapi dekat di hati dan yang best dapat buat biskut raya..:)

Biskut raya..sila lah jamu selera..;)

Kek Coklat Kukus :)

Biskut Almond Crispy :)

Alhamdulillah..dapatlah saya menyiapkan 5 biskut raya iaitu biskut almond crispy, biskut ais kirm, biskut makmur, biskut cornflakes butter dan biskut coklat chip dan kek coklat kukus..:)..seronok rasanya, ni lah yang termampu saya lakukan untuk hari lebaran kali ni..hany gambar biskut raya di atas saja yang sempat saya ambil gambarnya :)

Di hari raya :)

Saya bersama sahabat baik sekolah rendah - Ujie

Sahabat-sahabat lama yang bertandang ke rumah.. spaghetti tu sedap ;)

Salam Lebaran kepada semua..insyaAllah kita bersua lagi di lebaran tahun hadapan, insyaAllah..:)

Lebaran yang berlalu...
Pemergian yang akan kembali..
Kembali dengan sinar baru..
Sinar ukhwah yang bersemi selamanya..
Moga dapat bertemu kembali lebaran yang dinanti...:)

SELAMAT BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.